Thursday, October 27, 2011

Berasak-asak untuk jubah graduasi



Shah Alam -  Proses mengambil jubah bagi siswazah di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini menjadi kecoh apabila mereka berlari keluar barisan dan berapat-rapat untuk mengelakkan hujan lebat tengah hari semalam.

Keadaan itu mengakibatkan urusan mengambil jubah menjadi huru-hara dan lambat. Sesetengah siswazah yang berbadan kecil mengalami kesusahan bernafas akibat dikelilingi lautan manusia. Kejadian tersebut berlanjutan sekurang-kurangnya 2 jam.

Dianggarkan lebih 6,000 siswazah hadir untuk mengambil jubah bermula daripada seawal 8.00 pagi. Majlis Graduasi UiTM itu adalah majlis ke-75 semenjak penubuhan universiti tersebut.

*Rangkaan ini adalah coretan berdasarkan pengalaman peribadi.

No comments:

Post a Comment